Daily Archives: 26/10/2013

Program TOWN HALL MEETING MPSepang 2013 Di Taman Putra Prima

(26/10/2013)

Logo_mpsepang

Suatu program TOWN HALL MEETING MPSepang bersama Ketua Ketua Jabatan MPSepang dan Persatuan Penduduk & KRT Taman Putra Prima, Taman Mas, Kg Sri Aman anjuran Pusat Khidmat Ahli Majlis  & JPP Zon Taman Mas-Putra Prima telah berlangsung pagi tadi bertempat di ruang parkir KFCH Taman Putra Prima Commercial Square.

Program pagi ini dihadiri oleh Ahli Majlis En Pulantran, En Santokh Singh dan En Baharuddin, Ketua Jabatan Landscape, Keindahan Bandar, Perancangan, Kejuruteraan, Kesihatan, Perlesenan, Penilaian, Bangunan, OSC, COB. Wakil dan Pengurus Kanan dari Pemaju Masteron / Plenitude Bhd dan para media. Manakala penduduk tempatan di hadiri oleh pemerhati, wakil atau  AJK persatuan penduduk dan KRT.

Tujuan dan Objektif progran ini adalah seperti berikut:

Tujuan

  1. Memberikan penerangan berkenaan pengurusan pentadbiran majlis Perbandaran Sepang.
  2. Sesi suai kenal Ketua Jabatan  bersama penduduk.
  3. Perkhidmatan yang disediakan oleh majlis Perbandaran.

Objektif

  1. Town Hall Meeting diadakan bagi memberi pengetahuan secara ilmiah dan praktikal mengenai urus tadbir MPSepang kepada penduduk setempat.
  2. Meningkatkan kesedaran kepada penduduk serta badan-badan yang terlibat.
  3. Mendedahkan kepentingan kawalan pencegahan kepada para penduduk.
  4. mengeratkan hubungan dua hala di antara MPSepang dengan Penduduk

This slideshow requires JavaScript.

Untuk Maklumat terperinci perkenalan ketua jabatan sila kunjungi laman web berikut:

http://www.mpsepang.gov.my/direktori-pegawai

E-aduan: http://ekl.mpsepang.gov.my/sso/