Monthly Archives: November 2018

PROGRAM MESRA BICARA MPSEPANG BERSAMA KOMUNITI TAMAN PUTRA PRIMA, TMN MAS & BDR BUKIT PUCHONG

9/11/2018

IMG-20181102-WA0013

Satu Program Mesra bicara bersama komuniti tempatan yang dianjurkan oleh pihak  MPSepang telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Putra Prima semalam. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakan dengan kunjungan dan penyertaan dari wakil wakil persatuan penduduk, ajensi kerajaan, badan korporat, badan NGO dan juga warga taman yang agak ramai.

Program ini diadakan dalam suasana yang sangat mesra tanpa formaliti sambil bersantai, dan menikmati hi-tea dengan banyak hidangan kuih, makanan dan minuman. Warga taman dan wakil persatuan penduduk diberi peluang sepenuhnya dan bebas bertemu dengan setiap pengarah atau ketua jabatan yang sudi membantu dan mencatit masalah yang berbangkit masing masing, tanpa temujanji atau sebarang birokrasi. Dan jawapan diberi dengan serentaknya (on the spot) atau dibawa pulang ke majlis untuk kajian dan tindakan selanjutnya.

Isu isu yang lazim dikemukakan seperti sampah, banjir, jalan rosak, sinkhole, landskap, trafik, longkang, permohonan G&G dan lain lain hal termasuk perlesenan dan penguatkuasa.

VIP yang turut bersama dalam program ini termasuk, ADUN Dengkil YB Adhif Syan Abdullah, Timbalan YDP Muhammad Hafiz bin Shaari, Ahli Majlis Mohd Syamsol Bin Md Shariff….. Pertemuan sebegini sangat sangat dihargai oleh warga taman dan wakil persatuan penduduk tempatan. Ramai diantara mereka mengharapkan program ini akan diadakan setiap tahun supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala.

 

IMG-20181109-WA0067

Bersama dengan Tim YDP Tuan Muhammad Hafiz bin Shaari,

IMG-20181109-WA0060

cof

Bersama Puan Rozeta binti Md Yusof Pengarah Jabatan Perancangan Bandar

cof

Bersama Tuan Sulaiman bin Abi Hashim Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan

cof

Bersama Ahli Majlis Tuan Mohd Syamsol Bin Md Shariff

cof

Bersama ADUN Dengkil YB Adhif Syan Abdullah

cof

Bersama Tuan Ahmad Saifunazif bin Mat Yatim Pengarah Jabatan Kejuruteraan

IMG-20181109-WA0068

Bersama Puan Arefah binti Rahim Arkitek Jabatan Landskap