Lawatan Kerja Ahli Majlis ke Fasa 8A Taman Putra Prima


21 Nov 2017

Ahli Majlis MPSepang YB En Mohd Ridzuan Basri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) bagi kawasan Taman Putra Prima/ Taman Mas telah membuat lawatan tapak ke Taman Putra Prima pada petang hari ini untuk memeriksa dan memantau  2 buah bonggol jalan yang baru siap dibina oleh majlis di persimpangan Jalan Putra Prima Utara  dan pintu masuk utama Fasa 8A.

Lawatan beliau turut bersama dengan 2 orang AJK JPP iaitu En Zawawi dan En Kong untuk meninjau keadaan lalu lintas di kawasan tersebut ekoran 2 buah bonggol sudah siap dibina. Jelas kelihatan kenderaan sudah perlahan dan diharapan bonggol ini dapat mengurangkan kemalangan lalu-lintas di kawasan ini.

Disamping itu, mereka juga melawat kerja-kerja landscape, cadangan pembersihan parit dan kerja pembersihan semak samun yang masih belum dilaksanakan. Tidak ketinggalan juga memantau tempat pencerobohan kawasan rezab oleh golongan yang tidak berkerjasama dan tidak mematuhi undang-undang. Menurut Ahli Majlis, pihat JPP akan merujuk perkara ini ke unit penguatkuasa untuk tindakan seterusnya.

 

 

 

 

leave a reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s